Penulis tidak bertanggungjawab diatas sebarang kesulitan yang dihadapi pembaca ketika melawati blog ini. Sebarang masalah atau kerugian yang dihadapi secara langsung atau tidak langsung adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.Segala hasil penulisan dari laman ini boleh dicetak , ditiru, dibuat salinan atau sebagainya kerana mendapat kebenaran dari pihak penulis, tetapi sertakan sekali alamat blog ini.

Dari : Mr Sinikal

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Aku Muzik Hampa

Keputusan EXAM Jul 09

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Syukur kepada Allah kerana dengan limpahnya dapat aku membuka laman web keputusan EXAM JUL 09 PSIS. Debarannya sudah sampai ke puncak, segala perit jerih selama 5 bulan mengharungi kepayahan belajar di Semester 5 akhirnya diketahui hari ini. Walaupun pada amatan awal, tarikh keputusan dipaparkan pada 31 DIS tetapi malan tadi , mulai jam 10 malam dah boleh tengok keputusan.

Cepat betul update diorang nie .. huhu.. aku buka keputusan aku , pertama kali syukur alhamdulillah kerana masih berada pada kedudukan yang baik. Ada peningkatan dari semester 3. Walaupun sedikit syukur alhamdulillah. Kemudian aku tengok pula gred untuk setiap modul yang aku hampa. Ada perasaan berbaur hampa , gembira , dan kecewa kerana ada beberapa modul yang aku target utk dapat A tidak kesampain. Ada juga modul yang aku target untuk dapat sekurangnya A- tu pun tidak kesampain. Ada juga modul yang aku target A- tetapi dapat A. Pelik bin ajaib. Tapi itulah kenyataan yang berlaku. Semuanya sudah berlalu, aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mendapat kejayaan yang sebegitu walaupun usaha aku tidak lah meninggi. Jika aku lebih berusaha kemungkinan aku boleh dapat semua A.

Semester baru akan bermula 2 minggu lagi. Proposal final projek belum mula. Tajuk untuk final projek pun tidak lagi dapat kata sepakat dari rakan 'sparring' ku. Insya Allah, permulaan 2010 ni ada kata putus yang dapat dibuat mengenai tajuk projek akhir dan sekaligus menyiapkan proposal tersebut. Walaubagaimanapun diharapkan semua dapat dibereskan. Em rasanya sampai disini saja buat masa ini. Nanti aku coret utk coretan terakhir tahun 2009 nanti k .

p/s : Teringat aku masa mula masuk poli, CGPA cantik je .. sekarang terumbang ambik, mcm sampan dipukul ombak...

Projek Semester Akhir DIP 6A & 6B

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Petang tadi aku menerima e-mail dari pensyarah JTMK iaitu Cik Amalina Montel - Penyelaras Projek Semester Akhir Jabatan. Seperti yang telah dijanjikan sebelum cuti dulu, bahawa Cik Amalina akan menghantar e-mail kepada 10 orang terpilih ,5 dari Dip6a dan 5 dari Dip6b mengenai takwim projek dan yang berkenaan dengan projek akhir semester kita semua. Cik Amalina pesan supaya semua maklumat ini diberikan kepada setiap rakan kelas. Jadi aku dengan baik hati, dah uploadkan fail-fail tersebut ke dalam link aku .. jadi tinggal korunk yang berkenaan sahaja boleh muatturun fail tersebut dibawah.

Disini juga aku sertakan sekali pesanan Cik Amalina melalui e-mail yang aku terima
assalamualaikum dan salam sejahtera..
macamana cuti anda semua? seronok? harap semuanya sihat2 selalu....
tapi jangan sampai lupa tuk wat proposal projek anda k...
berikut saya sertakan takwim utk projek pada sem dpn (sesi januari 2010).
utk makluman pelajar sekalian, anda perlu menghantar proposal yg tlh siap kpd penyelaras (1 salinan) dan penyelia (1 salinan) pada 15 januari 2010.
utk pembentangan proposal yg akan berlangsung pd 18 - 22 januari 2010, anda perlu menyediakan slaid power point. sila buat pembentangan dgn jelas dan berpakaian kemas. jelaskan objektif/tujuan anda bangunkan sistem/projek dgn jelas agar mudah difhmi. nyatakan masalah yg dihadapi sblm terbinanya sistem /projek.
harap semua nya bersedia utk membuat pembentangan proposal nnt.
sekiranya terdapat kumpulan pelajar yg tidak siap/membuat pembentangan, tiada markah utk proposal anda dan boleh dikenakan tindakan disiplin.
sila berbincang dgn penyelia msg2....masih terdapat pelajar yg langsung tidak berbincang dgn penyelia. harap bertindak segera....
sekian....GUD LUCK...

diharap korunk baca pesanan diatas yer.. hehe.. link untuk download fail tersebut ada dibawah ini ok. Aku dah zipkan dan letak PASSWORD. Untuk PASSWORD tersebut aku letak HINT dia ialah "PENASIHAT AKADEMIK DIP 6A" - Z******.






http://www.mediafire.com/?wa10yct2t2y

tidur lewat lagi !!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua pembaca .

Untuk kesekian kalinya lagi , hari ini aku tak dapat nak tidur awal (jadi kelawar lagi).. duk depan laptop aku ni , 'mengodeh-godeh' laman blog aku ini. sampai nak tidur pun tak boleh.. padahal mata dah berat tapi tu lah bila dah dapat sesuatu memang tak dapat nak 'lelapkan mata' nie.. huhuhu.. 3 hari dah macam nie, lepas balik lepak je buka laptop mesti tidur lambat.. ish ish .. kat poli taknak lak wat mcm nie.. entah ah .. balik rumah mesti selalu nya tidur lambat huhu.. nanti bangun awal solat then lepastu susah dah nak tidur balik.. kenapa lah jadi mcm nie  ah ?? em maybe dah kebiasaan kot ... huhu

andakah korunk juga mengalami susah nak tidur macam aku nie ?? em mungkin ada jalan penyelesaiannya tapi masih mencari-cari kan .. entah ah rasanya kena tekadkan hati bulatkan fikiran untuk tidur , kalau tidak memang jadi mcm nie .. takpalah nanti insya Allah bertemu jawapannya.

em alhamdulillah syukur kerana akhirnya blog aku nie siap untuk TRANSFORMER .. eh silap TRANSFORMASI untuk TAHUN 2010 .. lebih bercorak grafik skit-skit walaupun aku ni bukan nya seni grafik pun , hehe.. just ambik dari laman sesawang yang ada. aku + dengan idea aku yang ada nie maka jadilah SINIKAL KEHIDUPAN.

aku pun tak tahu kenapa aku ambik SINIKAL KEHIDUPAN. Aku suka perkataan sinikal tu sebab maksud dia macam sinis je . huhu, tapi ntah ah betul ke idak tu hanya tangapan aku je.. em kalau korunk tahu apa MAKSUD SINIKAL boleh tinggalkan komen kat bawah ni ok .. huhu..

Em, esok malam debaran jatung menjadi kencang , apasal? sebabnya esok keputusan e-EXAM aku akan dikeluarkan . EM entah ah brapa pointer yang dapat aku pungut untuk SEM 5 ini .. huhu , aku doa moga-moga dapat 3.9 something . paling kurang pun 3.5 keatas tu target yang aku hendak capai. tapi tak tahu lah mcm mane , kena tunggu dah lihat esok keputusan nya ..

em oklah rasanya, aku nak releks-releks sambil tunggu subuh nie.. rite.. wsalam :)

Yuran PSIS Jan 2010

ssalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua pembaca .

Disebabkan begitu ramai yang masih tidak mengetahui jumlah bayaran yang dikenakan untuk kemasukkan semester baru ini, jadi aku upload gambar jadual tersebut ke dalam blog aku ini agar dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan ku yang masih tercari-cari jumlah bayaran yuran kemasukkan semester hadapan. Tiada perubahan dari semester lalu untuk peajar-pelajar senior. Jadi kepada pelajar PSIS anda boleh klik gambar dibawah untuk mengetahui berapa banyak bayaran yang perlu dilakukan mengikut semester anda .



terdapat perubahan pada jumlah bayaran terbaru, sila rujuk web Http://www.psis.edu.my



Transformasi 2010

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua pembaca .

Akhirnya transformasi blog saya ini telah berjaya dilakukan.. Semua proses perubahan telah dilakukan... diharap transformasi ini memberikan blog saya ini nafas baru untuk tahun 2010 yang akan menjelma  dalam 3 hari lagi . ok

Dengan menukar header baru dari Cheritera sebuah Kehidupan kepada Sinikal Kehidupan mengambarkan kemungkinan satu perubahan dari blog saya ini .. diharap semua pembaca mendoakan perubahan ini sebagai satu perkara yang berjaya .. ..
Sekian..

.readers